Azam Azih Ada Sebab Kukuh Tolak Panggilan Harimau Malaya
Dunia
Sri pahang fc
Advertisements

Baru-baru ini tular satu gambar Azam Azih yang dilihat turun menyertai latihan pra-musim bersama Sri Pahang FC.

Ini menyaksikan ramai peminat Harimau Malaya kecewa dengan tindakan pemain tengah itu kerana menolak panggilan pasukan kebangsaan untuk beraksi di Piala AFF bagi edisi kali ini.

Kebenaran sebenar akhirnya terbukti, pemain tengah berusia 27 tahun itu kini dalam fasa pemulihan selepas mengalami kecederaan Medial Collateral Ligament (MCL) di bahagian lutut kirinya sejak 1 November yang lalu.

Advertisements

Kecederaan yang dialaminya dijangka mengambil masa enam hingga lapan minggu untuk kembali pulih dengan sepenuhnya.

Mungkin ini sebab beliau terpaksa menolak panggilan jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon untuk fokus sepenuhnya pada kecergasannya.

Pada 23 November lepas, FAM mengumumkan senarai pemain yang dipanggil dan Azam Azih merupakan salah seorang daripada 12 pemain yang tidak dapat sertai kem latihan pusat.

Advertisements

Piala AFF adalah kejohanan yang tiada dalam kalendar FIFA dan ia tidak menjadi masalah buat pemain tengah sensasi ini untuk fokus pada pemulihan berbanding mengambil risiko sertai kejohanan tersebut.

Khidmat beliau pasti ditagih oleh Kim Pan-gon di masa hadapan, jelas terbukti impaknya ketika membantu Malaysia melayakkan diri ke Piala Asia 2023 secara merit pada bulan Jun yang lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram