Azam Azih Kini Bernilai RM 1 Juta
Dunia
Sri Pahang FC
Advertisements

Bintang Sri Pahang FC, Nor Azam Azih kini menjadi antara pemain Malaysia yang mencecah tanda harga satu juta. 

Pemain tengah berbakat itu kini sedang berada dalam fasa kebangkitan daripada musim suram bersama skuad Sri Pahang. Bagaimanapun anak jati kelahiran Pahang itu ketika ini sudah berjaya meledak sebanyak tiga gol dan mencipta satu bantuan gol bersama pasukan.

Saham Azam Azih mengalami peningkatan mendadak sehingga mencecah angka sejuta. Beliau kini berada dalam kedudukan 10 pemain tempatan termahal di Malaysia. Jika disemak di laman sesawang Transfermarkt.com setakat 19 Mei 2020, nilai Azam kini mencecah 275,000 Euro iaitu bersamaan RM 1.2 Juta. 

Advertisements

Konsistensi yang ditampilkan Azam Azih turut mendapat perhatian pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon. Beliau kini sedang bersama kem Harimau Malaya menjalani latihan pusat sebagai persediaan dan persiapan menjelang dua perlawanan persahabatan bertemu Brunei dan Hong Kong.

Malaysia turut bakal berdepan pasukan Turkmenistan pada 8 Jun 2022, Bahrain pada 11 Jun 2022 dan pasukan Bangladesh pada 14 Jun 2022 bagi kempen Kelayakan Piala Asia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram