Azam Azih Selesa Jalankan ‘Arahan’ Kim Pan-gon
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Perancang tengah Harimau Malaya, Azam Azih sedia memberikan yang terbaik buat skuad kebangsaan sungguhpun sedang berusaha mendapatkan semula rentak terbaiknya.

Anak jati kelahiran Maran, Pahang ini merupakan antara pemain yang sering mendapat tempat untuk beraksi bersama skuad kebangsaan sejak era Tan Cheng Hoe lagi.

Beliau kekal menjadi taruhan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan ini bagi mengemudi jentera tengah pasukan di Piala Raja Thailand bulan ini.

Advertisements

Katanya, beliau sedia memainkan peranan seperti yang dimahukan oleh Pan-gon dan tidak kisah untuk diletakkan di mana-mana posisi tengah.

“Jurulatih (Kim Pan-gon) nak letakkan saya di posisi tengah tu, saya akan buat sehabis mungkin.”

Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat menafikan bahawa kecederaan yang dialaminya sebelum ini sedikit sebanyak mengganggu persembahan beliau.

Advertisements

Azam menjelaskan bahawa kecederaan itu sememangnya mengganggu beliau untuk mendapatkan rentaknya namun sedia mengatasi perkara itu demi Malaysia.

Pada musim ini, pemain berusia 27 tahun ini telah tampil dalam 17 perlawanan Liga Super dan mencatatkan 3 jaringan dan 3 bantuan jaringan buat Sri Pahang.

Kelibatnya sudah tentu ditagih oleh Pan-gon dalam pertembungan 4 penjuru di Chiang Mai apabila Malaysia bakal bertemu tuan rumah, Thailand pada 22 September kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram