Azam Azih Tak Ke Mana-Mana
Dunia
Sri Pahang
Advertisements

Tonggak perancang berbakat Sri Pahang FC, Azam Azih sah tidak akan ke mana-mana bagi musim 2023.

Pemain kelahiran Maran, Pahang ini merupakan tunjang utama buat pasukan tersebut sejak sekian lama.

Bintang berusia 27 tahun ini mula mengatur langkah ke dalam skuad utama pada tahun 2015 telah pun diumumkan akan terus kekal berbakti bersama negeri kelahirannya itu.

Advertisements

Menerusi satu pengumuman oleh Sri Pahang, pemain tengah kebangsaan itu secara rasminya menandatangani kontrak bersama kelab tersebut selama dua tahun.

“Tonggak tengah kelahiran Maran ini telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun untuk kekal bersama Sri Pahang.”

“Bintang kesayangan penyokong yang juga pemain paling lama di dalam skuad tok Gajah ini tekad mahu membantu pasukan kembali bangkit seterusnya mengharungi musim 2023 yang lebih baik,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Advertisements

Pada musim ini, Azam telah beraksi dalam 20 penampilan Liga Super dan berjaya mencetak tiga gol dan tiga bantuan gol secara keseluruhannya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram