Azam Azmi Ambil Peluang Dengan Ketiadaan Matthew Davies
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Ketiadaan ramai pemain utama skuad Harimau Malaya dalam panggilan kem kebangsaan kali ini sedikit sebanyak akan memberikan peluang dan pengalaman kepada para pemain baharu menunjukkan aksi mereka di atas padang.

Antara yang mendapat peluang tersebut ialah pemain pertahanan kanan muda negara, Azam Azmi Murad yang telah menunjukkan aksi mantap ketika aksi persahabatan menentang Kemboja tempoh hari.

Ketenangan dan kerajinan yang ditampilkan Azam jelas sekali banyak membantu barisan pertahanan negara dari diceroboh pemain Kemboja. Dalam sesi temuramah bersama media selepas sesi latihan, Azam menjelaskan bahawa beliau akan mengambil peluang untuk mengisi tempat yang ditinggalkan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies dengan sebaik mungkin.

Advertisements

“Peluang saya? Sebelum ini Matt Davies di tempat saya. Jadi saya kena ambil cabaran itu untuk bermain. Saya kena ambil sebaik mungkin peluang ini,” jelas Azam seperti yang disiarkan Harimau Malaya.

Dalam masa yang sama, Azam juga merasakan intensiti latihan bersama skuad kebangsaan dan kelabnya, Terengganu FC adalah berbeza. Beliau berpendapat intensiti bersama skuad kebangsaan adalah sangat tinggi jika dibandingkan dengan intensiti latihan di kelab.

Malaysia akan beraksi dalam satu lagi aksi persahabatan menentang Maldives pada Rabu sebelum memulakan kempen Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 menentang Myanmar pada 21 Disember depan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram