Azinee Taib Berdepan Hukuman Penjara 34 Tahun
Malaysia
Kosmo
Advertisements

Bekas pemain sayap lincah, Azinee Taib kini bakal berdepan hukuman berat selepas didakwa atas pertuduhan berkenaan kes pecah rumah dan menyimpan harta curi di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Azinee bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.

Bagi pertuduhan pertama, Azinee yang juga pernah beraksi di pentas Asia bersama dua lagi rakannya yang masih bebas memecah masuk sebuah rumah di Taman Benut Utama, Benut, di sini, pada pukul 12.05 tengah hari, 8 Jun lalu.

Advertisements

Bagi pertuduhan kedua, Azinee dan dua lagi rakannya Muhammad Hairul Hafiz Muzaren, 24, dan Khairul Akmal Zainol Abidin, 31, memecah sebuah rumah di Taman Cendana, Benut untuk mencuri pada pukul 1.15 tengah hari, 3 Julai lalu.

Kedua-dua pertuduhan ini dikemukakan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan.

Advertisements

Manakala pertuduhan ketiga pula, Mohd Azinee dituduh menyimpan sebuah telefon bimbit jenama OPPO A5 bewarna putih milik mangsa rumah yang dipecah masuk. Kesalahan dilakukannya di Jeti Nelayan Ayer Baloi pada pukul 4.30 petang, 3 Julai lalu.

Pertuduhan dibuat dilakukan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya lapor Kosmo.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram