Azizulhasni Awang: Allah Selamatkan Saya
Sukan Lain
Azizulhasni Awang
Advertisements

Jaguh berbasikal trek Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang melafazkan rasa syukur kepada Allah s.w.t selepas terselamat daripada kemalangan semasa menjalani sesi latihan hari ini.

Dalam satu perkongsian beliau hari ini, kemalangan berkelajuan tinggi itu berlaku semasa mengejar motosikal di selekoh pertama Velodrom Nasional Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan.

Azizulhasni percaya kemalangan itu berpunca daripada kegagalan mekanikal pada basikalnya. Atas sebab itu, beliau melafazkan rasa syukur yang tak terhingga kerana terlepas daripada mengalami kecederaan serius.

Advertisements

Ini kerana sekiranya beliau mengalami kecederaan serius, Azizulhasni bukan saja perlu melupakan temasya Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China. Malah, ini boleh menjejaskan peluangnya memburu kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

“Nak berkongsi dengan semua orang bahawa saya terlibat dalam kemalangan berkelajuan tinggi semasa sesi latihan disebabkan kegagalan mekanikal (pada basikal). Kemalangan berlaku di selekoh pertama velodrom pada kelajuan tinggi semasa saya berusaha mengejar motosikal.

“Saya rasa bersyukur kerana kemalangan tidak jadi lebih teruk. Ia boleh saja membawa kepada kecederaan serius. Apa-apa kemalangan dalam situasi sebegini bukan satu gurauan. Alhamdulillah, Allah selamatkan saya. Syukur.

Advertisements

“Terima kasih kepada pasukan saya, Dr Munawwar, Dr Jass, Dr Azril dan seluruh pasukan ISN kerana membantu saya (dalam situasi itu),” katanya.

Azizulhasni bakal menjadi sandaran negara untuk menyumbang pingat kepada sasaran 27 pingat di temasya Sukan Asia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram