Advertising
Azman Adnan Tersinggung Dengan ‘Siuu’ Amri Yahyah
Liga Super
MakanBola
Sabah FC

Bekas penyerang lagenda Selangor FC, Azman Adnan menyatakan rasa dukacita terhadap tindakan pemain Sabah, Amri Yahyah.

Beliau ketika bercakap kepada Astro Arena menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah tidak patut dilakukan oleh seseorang yang pernah menyarung jersi Selangor.

Ad

Amri dikesan melakukan ‘siuu’ tatkala pasukannya mencatatkan kemenangan berharga 2-1 di laman sendiri menewaskan The Red Giants baru-baru ini sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi penyokong.

Ad

Katanya, pemain berusia 42 tahun itu perlu mengetahui dari mana beliau bermula sebagai pemain bola sepak sambil menganggap ia sebagai sikap yang kurang disenangi.

“Amri perlu ingat dari mana dia bermula. Amri juga naik ketika bersama Selangor. Kita dapat lihat bagaimana Salah ketika menjaringkan gol menentang Roma, beliau hanya mengangkat tangannya sahaja.”

Ad

“Perlawanan dah habis, bila beliau buat begitu nampak macam menganjinglah. Perlawanan dah habis biarkan habis, beliau tak perlu buat begitu.”

Ad

Azman juga meminta agar Amri bersikap profesional dan menjaga adab sebagai seorang pemain.

Ad

“Amri kena profesional sikit dan menjaga adab selain tidak menyinggung perasaan kerana dia orang Selangor,” jelasnya kepada Astro Arena.

Isu ini hangat diperkatakan di ruang media sosial sungguhpun perwatakan Amri sudah diketahui umum sebagai seorang penghibur di dalam pasukannya.

Namun begitu, ia jelas menunjukkan kepuasan anak jati Tanjung Karang itu untuk terus komited membantu pasukannya bersaing sebaik mungkin dalam Liga Super musim ini.