Azman Noh Lepas Jawatan? Minta Tanya Pemain & Jurulatih Apa Yang Beliau Sudah Lakukan
Dunia
Utusan Malaysia
Advertisements

Pengurus Besar Perak FC yang baru-baru ini dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa Perak FC mengalah selepas 3 bulan memberikan perkhidmatan kepada Perak FC.

Menurut hantaran WhatsApp yang ditularkan Perak the Yob, Cikgu Man menjelaskan segalanya sudah mula berputik dan memohon maaf atas segala salah silap.

“Selama 3 bulan setengah saya memberikan perkhidmatan di Perak FC, akhirnya saya terpaksa mengalah.”

Advertisements

“Mohon maaf atas atas segalanya dan boleh tanya pemain dan jurulatih apa yang telah saya lakukan untuk mereka sejak hari pertama sehinggalah ke hari ini 15/11/2021.”

“Segalanya sudah mula berputik dan berbunga lalu berbuah cuma belum memuncak saja lagi walalupun di dalam suasana yang amat sukar untuk di hadapai.”

Sebelum ini Azman Noh terkejut dengan pelantikan dirinya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perak FC.

Advertisements

“Saya terkejut apabila membaca mengenai tindakan ini melalui tularan di WhatsApp kerana tidak dimaklumkan apa-apapun sebelum ini.”

“Bagaimana dengan jawatan pengurus besar, sudah tidak wujudkah GM di Perak FC?”

Perak FC kini merangka strategi menyelesaikan masalah yang melanda pasukan sebelum ini dan berharap CEO baru pasukan, Hairul Anwar dapat membantu pasukan menghadapi musim baru Liga-M 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram