Azmeer Yusof Sertai Harini FT
Dunia
Harini Football Team
Advertisements

Bekas pemain BRM FC, Azmeer Yusof sah menyertai pasukan baru iaitu Harini FT yang akan bersaing dalam Liga M3 pada musim ini.

Sementara itu, bekas pemain Penang FC iaitu Azidan Sarudin turut diumumkan sebagai pemain terbaru Harini FT yang mengumumkan kehadiran dua tonggak berpengalaman dalam laman rasmi Instagram mereka.

Sebelum ini, bekas pemain Kedah FC ini mengambil keputusan untuk tinggalkan pasukannya Budak Rumah Murah (BRMFC) kerana komitmen peribadi yang tidak dapat dielakkan.

Advertisements

Harini FT kini merupakan kelab yang menduduki tangga teratas Liga M3 dalam kumpulan B dengan mencatatkan empat kemenangan serta satu seri dalam lima perlawanan yang telah berlangsung.

Kehadiran dua pemain berpengalaman ini pasti memberi kelebihan buat pasukan Harini FT untuk meneruskan rentak cemerlangnya sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan Liga M3.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram