Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas pemain pasukan BRM FC, Azmeer Yusof mendedahkan bahawa beliau kini sedang sabar menunggu jendela perpindahan kedua dibuka untuk kembali bersama pasukan baharu.

Azmeer, 31 merupakan pemain pertahanan kiri yang mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak Malaysia. Beliau merupakan tonggak utama Kedah untuk dua musim iaitu pada musim 2016 dan musim 2019.

Azmeer memuat naik kenyataan untuk kembali ke arena bola sepak melalui satu ‘post’ di laman instagram peribadi milik beliau.

Advertisements

Azmeer Yusoff sebelum ini mengejutkan dunia bola sepak tanah air selepas mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukannya atas alasan komitmen peribadi yang tidak dapat dielakkan.

Untuk rekod, Azmeer telah melakukan 6 penampilan bersama BRM FC dan aksi terakhir beliau adalah ketika BRM FC dibelasah juara bertahan Liga Super 8 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 10-0 dalam saingan Piala FA.

Selepas kekalahan besar tersebut, para penyokong BRM FC tercari-cari kelibat Azmeer bersama pasukan ketika hari perlawanan mahupun ketika menjalani latihan. Selepas beberapa minggu, barulah pihak pengurusan BRM FC menjelaskan mengenai ‘misteri’ kehilangan Azmeer bersama BRM FC.

Advertisements
Azmeer Yusof 4 Azmeer Yusof Tunggu Jendela Perpindahan Kedua Dibuka, Sedia Kembali Beraksi
Muat naik Azmeer Yusof di laman instagram beliau.
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram