Azraai Khor Kagum Dengan Yusri Che Lah
Piala Malaysia
Perak FC / FB Azraai Khor
Advertisements

Bekas jurulatih ‘double treble’ Kedah, Azraai Khor Abdullah menyatakan kekaguman beliau terhadap jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah yang membawa pasukan itu ke separuh akhir Piala Malaysia.

Azraai berpendapat kerja luar biasa telah dipamerkan Yusri walaupun mempunyai barisan pemain yang biasa. Umum mengetahui, musim ini Perak dibarisi pemain-pemain muda dan hanya ada beberapa pemain import sahaja dibawa masuk untuk menguatkan pasukan.

“Perak ke separuh akhir Piala Malaysia 2023. Terbaik Yusri Che Lah. Jurulatih biasa dengan pemain biasa melakukan sesuatu yang luar biasa,” coret Azraai di laman Facebook beliau.

Advertisements

Perak mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas berjaya menewaskan Sabah FC 3-2 secara agregat. Di peringkat separuh akhir, Perak bakal berdepan tugas sukar apabila dijadualkan menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Aksi separuh akhir pertama bakal dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim pada 20 Oktober sebelum aksi timbal balik di Stadium Negeri Perak pada 3 November. Pemenang aksi separuh akhir itu bakal berhadapan antara Terengganu FC atau Kuala Lumpur City FC yang bakal beraksi dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Nama Yusri Che Lah baru-baru ini telah disebut-sebut sebagai calon terbaik untuk menjadi jurulatih skuad bawah 23 tahun kebangsaan. Namun begitu, sehingga kini masih tiada perkembangan lanjut mengenai khabar angin tersebut.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram