Azraai Khor Mahu Kim Pan-gon Buka Hati Terima Kepulangan Natxo Insa
Dunia
NST
Advertisements

Pengendali berpengalaman negara, Azraai Khor Abdullah menyatakan rasa kagum dan juga terujanya dengan kelibat perancang tengah berpengalaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa ketika membantu pasukan di pentas ACL musim ini.

Beliau turut menyifatkan persembahan sebagai luar biasa bintang tengah itu wajar mendapat perhatian selain perlu diberi peluang menyertai semula skuad Harimau Malaya.

Azraai yang menilai aksi pemain itu menerusi berdasarkan tiga aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) melihat bahawa Natxo sudah pun memiliki segala-galanya untuk mengetuai jentera tengah Harimau Malaya.

Advertisements

‘Dia seorang pemain yang bijak membaca perlawanan, seorang pemain yang sentiasa memenangi bola di tengah dan seorang yang ada visi bagus ketika menyerang.’

Malah, beliau turut merasakan selepas penelitian dibuat oleh barisan kejurulatihan negara, khidmat Natxo sudah pasti bakal dipertimbangkan.

‘Permainan dia memang mantap dan saya kira dengan adanya dia bersama skuad negara mungkin akan beri pilihan kepada Kim Pan-gon (pengendali kebangsaan) untuk mengemudi di bahagian tengah.’

Advertisements

Menurut bekas jurulatih Kedah yang pernah menghadiahkan kejuaraan ‘double treble’ itu, beliau percaya bekas perancang tengah gergasi Sepanyol itu mampu memberi elemen tambahan kepada jentera tengah pasukan.

‘Mungkin untuk mengisi dalam pasukan masih terlalu awal dan tak tahu lagi apa yang berlaku, tetapi untuk dia dipanggil ke kem latihan negara, bagi saya dia memang layak dan seharusnya diberi peluang, katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Natxo pernah dipanggil untuk menyertai skuad Harimau Malaya ketika dikendalikan oleh Tan Cheng Hoe dan meraih penampilan sulung diperingkat antarabangsa pada 22 Mac 2018 ketika aksi persahabatan menentang Mongolia di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berkesudahan seri 2-2.

Advertisements

Dengan aksi Kelayakan Piala Asia bakal berlangsung Jun ini, Kim Pan-gon sudah pasti mahu membawa barisan terbaik dalam usaha merebut satu daripada 11 slot yang ditawarkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram