Azraai Khor Tak Terkejut Dengan JDT
Piala Malaysia
KDA – JST
Advertisements

Rekod double treble yang dipegang pasukan Kedah selama 15 tahun telah berjaya disamakan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas pasukan gergasi dari selatan tanah air itu berjaya menjulang tiga kejohanan utama domestik dalam dua musim berturut-turut.

Tiga kejohanan utama itu adalah bagi kejuaraan Liga Super, kejuaraan Piala FA dan juga Piala Malaysia. JDT mengesahkan double treble itu selepas menundukkan Terengganu FC dalam aksi final Piala Malaysia semalam.

Bagi bekas jurulatih double treble Kedah, Azraai Khor, beliau mengakui rekod 15 tahun yang dipegang Kedah selama ini telah disamakan oleh Kedah dan tidak mustahil untuk JDT mengulanginya musim hadapan.

Advertisements

“Setelah 15 tahun, rekod double treble disamakan. Saya tidak terkejut (jika) JDT mampu pecah rekod pada 2024,” coret Azraai di laman Facebook beliau.

Untuk rekod, Kedah berjaya merekodkan kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2007 dan 2008.

Selepas 15 tahun berlalu, JDT kini berjaya menyamai rekod tersebut selepas menjulang tiga kejuaraan domestik utama itu pada tahun 2022 dan juga tahun 2023.

Advertisements

Pelbagai rekod yang tak terjangkau dek akal terus dicipta JDT termasuk menjadi satu-satunya pasukan yang memenangi kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut sejak tahun 2014.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram