Azraai Khor Yakin JDT Bakal Beri Mimpi Ngeri Pada Lawan Di ACL
Asia
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Azraai Khor Abdullah yakin bahawa juara bertahab Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini cukup bersedia untuk tampil di pentas Liga Juara-Juara AFC.

Prestasi memukau anak didik Tano Solari meraih perhatian beliau yang amat teruja melihat keampuhan pasukan dalam kempen Liga Super musim ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, pengendali berusia 70 tahun itu melihat tahun ini merupakan detik yang paling baik buat skuad Harimau Selatan melakukan tugas yang baik di pentas Asia.

“Dalam banyak-banyak tahun kita lihat tahun ini pasukan dengan pemain yang paling mantap bagi saya.”

Advertisements

“Pada setiap posisi saya lihat begitu mantap dan mereka sangat bersedia untuk musim ini dengan jaringan yang begitu besar,” jelasnya kepada Astro Arena.

Skuad Harimau Selatan sudah meledak 36 gol selepas 7 perlawanan dan berpeluang memecahkan rekod 58 jaringan yang dilakukan pada musim lalu.

Advertisements

JDT sudah pun melakar satu kejayaan yang cukup bermakna musim lalu apabila berjaya melangkah ke pusingan 16 terbaik sebelum tewas kepada Urawa Red Diamonds.

Namun begitu, mereka telah pun membenam cabaran hebat gergasi Asia, Kawasaki Frontale dan juga Ulsan Hyundai untuk memberi ‘amaran’ kepada pasukan lain pada musim ini.

Advertisements

News Comments Account