Azri Ghani: Penghijrahan Ke KL City Berbaloi
Dunia
azrighani30
Advertisements

Penjaga gol Kuala Lumpur City, Azri Ghani menganggap penghijrahannya ke KL City adalah satu perpindahan yang berbaloi.

Azri mengakui ini merupakan pentas final dan bakal menjadi medal emas pertama dalam kariernya sekiranya KL City menjulang Piala AFC 2022.

Jadi beliau tetap positif tentang pemilihan Bojan Hodak untuk menurunkan sesiapapun sebagai benteng terakhir pasukan KL City malam ini.

Advertisements

“Ini final pertama dalam karier saya. Ini pun medal pertama. Tak rugi saya datang KL tahun ini sebab saya dapat hasil,” jelasnya.

Sebelum ini, ketika perlawanan separuh akhir Zon Asean bertemu kelab Vietnam, Viettal FC Azri telah berjaya menunjukkan ketangkasannya apabila menyelamatkan serangan lawan sehingga penentuan penalti yang berakhir dengan kemenangan 6-5.

“Dalam padang kami fight dengan cara betul. Saya tak kisah sama ada saya atau Kevin yang diturunkan. Asal kita membantu pasukan menjuarai Piala AFC. Yang penting pemain itu bagi semua kudrat,” katanya kepada Majoriti.

Advertisements

“Pengalaman Kevin banyak lagi sebab dia skuad kebangsaan. Jika tanya saya keeper import yang ada di Malaysia, Kevin paling menonjol.”

KL City bakal berdepan cabaran kelab dari Oman, Al-Seeb dalam saingan akhir Piala AFC 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram