Azurin Mazlan Mulakan Pengembaraan Dengan ‘Cleansheet’
Dunia
misakaunitedfc
Advertisements

Penjaga gol skuad kebanggsaan wanita negara, Nurul Azurin tidak menunggu lama untuk membuat penampilan penuh bersama pasukan baharunya, Misaka United FC. Beliau diberi kepercayaan penuh oleh jurulatih pasukan untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

Penjaga gol berusia 21 tahun ini tekad untuk mengejar cita-citanya untuk mencari pengalaman yang berharga di luar negara. Beliau merupakan pemain import pertama wanita yang beraksi dalam saingan liga India (Karnataka Women’s League)

Menurut laman Instagram pasukan, pada minit ke-48 permainan, Azurin berjaya melakukan satu ‘saves‘ penting untuk memastikan kedudukan jaringan 3-0. Debut pertama yang bermakna buat Azurin selepas berjaya membantu pasukannya untuk menewaskan Bengalaru Braves 4-0 dalam saingan Karnataka Women’s League yang berlangsung petang tadi.

Advertisements

Persembahan yang baik ditampilkan oleh Azurin untuk perlawanan pertamanya di sana. Sama-sama kita doakan agar Azurin dapat mengekalkan prestasi yang terbaik untuk membantu pasukannya juara dalam liga sekaligus mendapat pengalaman yang bermakna buat dirinya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram