B. Sathianathan Belum Mengalah, Yakin Sarawak United Mampu Kejutkan Sabah
Dunia
MFL
Advertisements

Ketua jurulatih Sarawak United FC, B. Sathianathan akui sebahagian besar anak buahnya hanya ada pengalaman di Liga Premier sahaja manakala untuk Liga Super Sarawak baru kembali semula musim ini.

Akan tetapi, dengan semangat dan kerja keras yang dipamerkan setiap pemain, beliau masih belum mengalah dan tetap yakin Sarawak United FC bakal kejutkan banyak pasukan terutamanya Sabah.

Sementara itu, beliau dilihat lega dengan komitmen dan corak permainan yang ditampilkan pasukannya. Bagaimanpun, Sathianathan turut akui apa yang harus perbaiki adalah melaksanakan peluang yang terhidang dalam usaha Sarawak United mahu meraih kemenangan sulung dalam pentas Liga Super.

Advertisements

“Banding dengan Sarawak, kami baru kembali ke Liga Super pada musim ini malah sebahagian besar pemain kami hanya ada pengalaman di Liga Premier,” jelasnya.

“Bagaimanapun, berbekalkan semangat serta kerja keras dari pemain, saya rasa kami boleh mengejutkan sesiapa termasuk Sabah sahaja jika berada di hari terbaik.”

“Dari tiga perlawanan lalu, saya berpuas hati dengan komitmen pemain yang telah beri sedaya upaya serta corak permainan menghiburkan dan apa yang kena kami perbaiki adalah melunaskan peluang yang terhidang,” katanya.

Advertisements

Dalam pada itu, Sathianathan menyatakan bahawa fokus dan sasaran utama Sarawak adalah kekal di Liga Super. Beliau turut meluahkan rasa bangga kerana dapat membuka peluang kepada bakat-bakat muda untuk berada dalam kesebelasan utama.

“Sarawak akan fokus dari satu ke satu perlawanan dan seperti mana saya katakan di awal musim, sasaran utama kami mahu kekal di Liga Super.”

“Saya berbangga dapat memberikan ruang kepada pemain-pemain muda Sarawak seperti Norman Angkun yang telah diberikan ruang untuk berada dalam kesebelasan utama,” katanya kepada MFL.

Advertisements

Selepas tewas dalam dua perlawanan awal, Sarawak berjaya meraih mata pertama pada perlawanan ketiga Liga Super selepas bangkit untuk mengikat Penang 1-1.

Sarawak United FC dijadualkan akan menentang Sabah FC di Stadium Negeri, Kuching pada Ahad ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram