B. Sathianathan Letak Jawatan Ketua Jurulatih Sarawak United
Dunia
Officialsarawakutdfc
Advertisements

Jurulatih berpengalaman B. Sathianathan dikhabarkan akan meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih Sawarak United susulan masalah kesihatan serius yang dialaminya.

Baru-baru ini beliau turut mengesahkan sedang menjalani rawatan dan perlu berehat daripada menjalankan tugas di atas padang selepas dinasihatkan oleh pegawai perubatan.

Pasukan Sarawak United buat masa ini akan dipimpin bekas penolong jurulatih Harimau Malaya, iaitu S. Balachandran.

Advertisements

Dalam perlawanan semalam yang melibatkan antara pasukan Selangor dan Sarawak United, pasukan itu seakan terumbang ambing tanpa percaturan daripada Sathianathan. Itu merupakan kekalahan terbesar buat Sarawak United bagi aksi Liga Super musim ini.

Untuk rekod, B. Sathianathan pernah dilantik sebagai pengendali skuad Harimau Malaya pada tahun 2007-2009. Beliau turut melatih skuad B-23 tahun negara dengan pencapaian terbaik berjaya dirangkul pada kejohanan Pestabola Merdeka 2007 yang mana Malaysia telah dinobatkan sebagai juara.

Bukan itu sahaja, beliau turut dipilih sebagai jurulatih terbaik sebanyak tiga kali iaitu pada 2010, 2012 dan 2017 dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram