Baddrol Bakhtiar: Hapuskan Sifat Negatif, Kedah Johor Kita Bersaudara
Dunia
Bakhtiarbaddrol
Advertisements

Debaran aksi suku akhir melibatkan pasukan Kedah menentang Johor Darul Takzim pada malam ini semakin terasa. ‘Drama’ sihat antara Presiden KFA, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor dan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris menjadi perbualan hangat sejak semalam lagi.


Bermulanya drama ini adalah disebabkan isu tunggakan gaji yang dihadapi pemain-pemain pasukan Kedah. Perkara ini mendapat respon daripada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris yang mengatakan supaya pihak pengurusan lebih profesional dalam mengurus tadbir sesebuah pasukan terutamanya dalam menjaga kebajikan pemain.


Walau bagaimanapun dalam satu kenyataan semalam, masalah tunggakan gaji para pemain telahpun diselesaikan. Ia seolah-olah sebagai satu tonik untuk memastikan persembahan terbaik dapat diberikan oleh pemain ketika bertemu JDT malam ini.

Advertisements


Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian di laman Instagram ketua pasukan Kedah FC, Baddrol Bakhtiar memberikan respon yang positif apabila menyatakan bahawa pasukan Kedah dan Johor adalah bersaudara. Beliau juga menasihati agar membuang unsur-unsur negatif dan hanya mengambil perkara yang positif dalam situasi yang berlaku ketika ini.


“Kita bersaudara, hapuskan sifat-sifat negatif dan marilah bentuk keharmonian sesama kita. Buang yang keruh, ambil yang jernih.”

Reaksi yang diberikan lagenda Kedah ini wajar diberikan pujian oleh kerana usahanya untuk membentuk keharmonian dalam arena bola sepak Malaysia. Tulisan itu turut mendapat perhatian Tunku Ismail Idris yang membalas dengan emoji terbaik dan perkataan “Class”.

Advertisements


Pertembungan antara Kedah Darul Aman FC menentang Johor Darul Ta’zim malam ini bakal menjadi perlawanan yang hangat dan semestinya mendapat perhatian ramai oleh kerana perlawanan ini dianggap sebagai siaran ulangan Final Piala Malaysia 2019. Final Piala Malaysia ketika itu menyaksikan skuad Harimau Selatan merangkul kejuaraan selepas menewaskan skuad Lang Merah di Stadium Nasional Bukit Jalil

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram