fbpx

Baddrol Bakhtiar Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super Malaysia 2021

Instagram: @kedahdarulamanfc

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

MakanBola.com, Petaling Jaya, 12 Sept – Pemain lagenda kebangsaan, Baddrol Bakhtiar berjaya mencatat nama sebagai penjaring terbanyak tempatan bagi saingan Liga Super 2021.

Baddrol Bakhtiar mengesahkan gelaran itu apabila beliau berjaya membantu pasukan Kedah FC menang keatas Melaka United FC pada aksi malam tadi. Kedah FC yang berkenduri gol berjaya merobek sebanyak empat kali ke gawang Melaka dan salah satunya hasil daripada jaringan Baddrol pada minit ke-66 permainan.

Dalam pada itu, pemain berusia 33 ini turut membantu pasukan kesayangannya itu menempah slot ke saingan Piala AFC 2022. Skuad kendalian Aidil Shahrin berjaya menempah tiket ke Asia apabila menduduki tempat kedua dalam carta saingan Liga Super 2021.

Baddrol atau lebih mesra disapa dengan nama Bad berjaya menghasilkan sebanyak 7 jaringan gol dalam saingan Liga Super 2021. Kapten Hijau Kuning ini turut berjaya membuat sebanyak 3 bantuan gol sepanjang musim.

Prestasi dan komitmen yang ditunjukkan Bad sepanjang musim bersama Kedah FC turut memahatkan namanya dalam sejarah bola sepak apabila beliau berjaya mencatatkan gol yang ke-120 bersama Kedah tempoh hari. Khidmat pemain yang kekal setia bersama pasukan Kedah ini pasti akan terus ditagih untuk saingan Piala Malaysia yang bakal diadakan kelak.

Bekas anak didik Azraai Khor Abdullah ini juga merupakan pemain yang memiliki disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi. Tidak mustahil dengan prestasi dan pengalaman yang Baddrol miliki, beliau barangkali akan dipanggil untuk beraksi bersama skuad kebangsaan kelak.

Sementara itu, Ifedayo Olesugon telah mencatat nama sebagai penjaring terbanyak Liga Super 2021 dengan menghasilkan sebanyak 26 gol diikuti oleh Bergson Da Silva di tangga kedua dengan 23 gol. Dengan kehadiran tiga pemain bintang ini sedikit sebanyak telah mewarnai dan menghangatkan lagi saingan liga bola sepak tempatan. Ucapan terima kasih dan tahniah buat Baddrol, Ifedayo dan Bergson.

© MakanBola Media – All Rights Reserved