Badminton Asia Championship: Aaron Chia-Wooi Yik Benam Cabaran Liu Yuchen-Ou Xuangyi
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Badminton Asia Championship 2024.

Ini selepas mereka berjaya mengatasi cabaran regu lelaki kelapan dunia dari China, Liu Yuchen dan Ou Xuangyi di peringkat suku akhir hari ini.

Pertembungan dua regu ini sentiasa dinantikan ramai peminat badminton. Ini kerana dalam tujuh pertemuan terakhir mereka, tiga daripadanya memihak Aaron-Wooi Yik.

Advertisements

Kali terakhir regu negara berhadapan Yuchen-Xuangyi ialah suku akhir India Open 2024. Perlawanan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik meraih kemenangan 21-19, 21-19.

Set pertama menyaksikan beberapa kesilapan yang dilakukan Yuchen-Xuangyi membuka ruang kepada regu negara mendahului. Itu sudah cukup buat Aaron-Wooi Yik mengungguli set pertama dengan keputusan 21-14.

Set kedua menyaksikan Yuchen-Xuangyi cuba bangkit dengan sokongan penyokong China. Malangnya, juara Hylo Open 2023 itu semakin ketinggalan di belakang Aaron-Wooi Yik pada kedudukan 11-7.

Advertisements

Juara Denmark Open 2023 itu mengekalkan momentum yang dimiliki mereka sebelum meraih kemenangan dengan keputusan 21-15.

Aaron-Wooi Yik bakal menanti pemenang antara satu lagi wakil negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani dengan wakil Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-lin sebagai lawan di separuh akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram