Bahrain ‘Menyorok’ Tak Mahu Malaysia Kesan Taktikal Rahsia Pasukan
Dunia
BahrainFA
Advertisements

Menjelang pertembungan antara pasukan Malaysia dan Bahrain pada esok, skuad kebangsaan Bahrain dilihat telah melakukan persiapan dengan begitu rapi sehinggakan mereka membuat keputusan untuk menukar tempat penginapan.

Menurut satu ciapan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, difahamkan pasukan Bahrain telah memilih untuk menetap di sebuah hotel yang lebih privasi.

Menjalani latihan petang di Padang Latihan Bukit Jelutong, Shah Alam, skuad yang berada pada ranking ke-89 dunia ini dilihat benar-benar bersemangat untuk menewaskan pasukan Harimau Malaya.

Advertisements

Dalam pada itu, pengendali pasukan Bahrain, Helio Sousa yakin pasukan Harimau Malaya akan beraksi dengan penuh semangat untuk meraih keputusan positif. Menurutnya, skuad kendalian Kim Pan-gon ini pastinya mahukan kemenangan sekaligus meraih tiga mata penuh.

“Sudah pasti pasukan Malaysia mahukan kemenangan. Mereka boleh kata mahu satu mata, akan tetapi saya yakin mereka mencari tiga mata. Tak ada pasukan yang mahu tamatkan perlawanan dengan keputusan seri,” ujar Helio Sousa dalam sesi sidang media sebelum perlawanan yang bertempat di Subang Jaya, hari ini.

Malaysia bakal berdepan Bahrain pada esok di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 9 malam. Perlawanan ini penting bagi skuad kebangsaan meraih mata dalam usaha melayakkan pasukan ke pentas Piala Asia 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram