Advertising
Bajet Bukit Tambun RM3.5 Juta Musim 2024/25
MakanBola
Bukit Tambun FC

Bukit Tambun FC menerima suntikan kewangan yang lumayan bagi menghadapi saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2024/25.

Kelab yang berpangkalan di Pulau Pinang itu kini dimiliki oleh ahli perniagaan, Datuk Razalif Mohamad Zain. Razalif turut mempunyai rancangan untuk menukar nama Bukit Tambun kepada Brotherkita FC.

Ad

Atas sebab itu, beliau sentiasa berhubung dengan pengelola liga, Liga Bola Sepak Amatur (AFL) bagi memastikan proses pengambilalihan dan pertukaran nama pasukan berjalan lancar.

Ad

Dan sebagai tanda komitmen Razalif kepada Bukit Tambun, beliau menyediakan belanjawan sebanyak RM3.5 juta buat pasukan itu. “Setakat sekarang untuk tahun ini, RM3.5 juta,” katanya seperti yang dilaporkan Harimau Malaya.

Razalif turut menetapkan sasaran buat pasukan itu untuk memburu kedudukan tiga tempat teratas liga untuk musim 2024/25.

Ad

Seandainya sasaran itu tidak tercapai pada musim ini, beliau tidak melihat itu sebagai satu isu. Ini kerana Razalif melihat matlamat jangka panjang buat Bukit Tambun ialah beraksi dalam saingan Liga Super.

Ad

“Ya, memang terbuka sebab saya punya impian ialah melihat pasukan ini ke Liga Super, Insya Allah,” tambahnya.

Ad

Bukit Tambun kini dalam proses mendapatkan dua penyerang import baharu. Keperluan mendapatkan tonggak import semakin ketara apabila pasukan itu tewas 2-0 kepada Malaysian University FT pada 5 Ogos lalu.