Bukit Tambun Intai Penyerang Import
MakanBola
Bukit Tambun FC
Sponsors

Pengendali Bukit Tambun FC, Jacob Joseph mengakui pasukan itu bakal membawa masuk dua penyerang import baharu untuk saingan Liga A1 Semi-Pro.

Saingan liga menyaksikan Bukit Tambun bergelut mendapatkan gol tanpa kelibat penyerang tulen mengetuai jentera serangan.

Ad

Malah, Aizat Safuan Razali yang diberi tugas mengetuai bahagian serangan bukanlah penyerang tulen kerana beliau merupakan pemain di bahagian tengah.

Ad

Selepas lapan perlawanan, pasukan itu hanya menjaringkan sembilan gol dalam liga. Atas sebab itu, keutamaan Jacob ialah menambah baik jentera serangan Bukit Tambun.

Dan beliau melihat dua penyerang import baharu sebagai kunci untuk pasukan itu kembali mendaki kedudukan liga.

Ad

“Ya, kita memang akan cari dua pemain import sebab kita tidak ada penyerang. Pasukan mana kita pergi pun, kita ada peluang.

Ad

“Kalau kita ada peluang tetapi tidak boleh menjaringkan gol, itu satu masalah. Pasukan lain (dapat) satu atau dua peluang, mereka jaringkan gol. Kita dapat peluang yang banyak tetapi kita tak boleh jaringkan gol. Jadi, kita mesti selesaikan isu penyerang ini,” katanya.

Ad

Sekiranya perkara ini menjadi kenyataan, Bukit Tambun bakal menjadi pasukan terbaru liga yang menggunakan khidmat pemain import.

Aksi terbaru liga menyaksikan Bukit Tambun kecundang 2-0 kepada Malaysian University FT (MUFT). Keputusan ini menyaksikan pasukan itu berada di tangga ke-13 selepas lapan perlawanan.

Selepas ini, Bukit Tambun bakal berentap dengan Machan FC pada 10 Ogos ini.