Advertisement
Bakal Bertemu JDT, Zenit Bagi ‘Amaran’ Awal
Dunia
MakanBola
Zenit SPB

Pasukan gergasi Rusia, Zenit St Petersburg memberi amaran awal kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang pertemuan aksi persahabatan pra musim di Dubai.

Pasukan yang sedang mendahului Liga Russia ini sedang mempersiapkan pasukan menjelang separuh musim kedua dalam memastikan kedudukan teratas liga kekal hingga penghujung musim.

Pasukan yang terkenal dengan jolokan Zenitchiki ini bagaimanapun memberi petanda bakal turun dengan kekuatan penuh menentang Skuad Harimau Selatan Isnin depan.

Pada aksi permulaan persahabatan semalam, anak didik Sergei Semak ini tampil garang dengan membelasah Al-Bidda Sports Club dengan keputusan 9-0.

Anak didik Tano Solari pula memperoleh ilmu yang cukup berharga apabila mereka bertemu dengan yang kini berada pada kedudukan ke-3 Liga Rusia.

Pengalaman ini dijangka menjadi tonik terbaik buat pasukan bagi menghadapi musim panjang 2023 termasuklah saingan Liga Juara-Juara AFC.