Bakal Dipecat Jika Merokok, Zamsaham Tegas Perkasa Disiplin Pasukan

zamsaham 7 Bakal Dipecat Jika Merokok, Zamsaham Tegas Perkasa Disiplin Pasukan
Foto: TRW Kelantan FC
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Dengan mempunyai tahap disiplin yang tinggi, pastinya kegemilangan sesebuah pasukan akan tiba suatu hari nanti.

Itulah yang sedang dilakukan oleh pemilik TRW Kelantan FC dan PSPS Riau FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan nama Zamsaham. Zamsaham telah memuatnaik satu gambar di laman Facebook rasmi milik beliau yang mana ianya memaparkan tindakan disiplin yang akan dikenakan kepada para pemain PSPS Riau.

Advertisements

Ternyata tindakan disiplin yang dikenakan kepada pemain yang ingkar arahan, akan didenda malah ada juga tindakan dibuang terus dari pasukan.

Antara yang terkandung dalam peraturan dan denda itu adalah lewat berangkat ketika hari perlawanan (denda 300,000 rupiah bersamaan RM 89.80), lewat hadir ke sesi latihan (denda 200,000 rupiah bersamaan RM 59.85) dan beberapa lagi kesalahan yang termaktub dalam peraturan tersebut.

Advertisements

Tindakan yang paling berat adalah bagi pemain yang ditangkap merokok di pusat latihan mahupun di hotel dengan pemain tersebut bakal ditendang keluar dari pasukan. Ini bukanlah kali pertama Zamsaham menekankan larangan merokok kepada pemain kelab miliknya malah pada bulan Mac lalu, Zamsaham sudah mengingatkan tentang perkara ini.

Tindakan disiplin yang tular di laman sosial itu menjadi perhatian pengikut-pengikut Zamsaham dan mereka menganggap tindakan tersebut adalah wajar bagi membina sebuah pasukan yang disegani suatu hari nanti.

Advertisements

Difahamkan peraturan-peraturan ini juga dilaksanakan di kelab Kelantan FC. Namun begitu jumlah denda yang dikenakan tidak dapat dipastikan.