Bakat Baru: Pemain Malaysia-Belanda, Noah Leembruggen Kukuhkan Langkah di Eropah
Harimau Malaya
PEC Zwolle
Advertisements

Malaysia berpotensi mempunyai seorang lagi pemain kacukan kelahiran Belanda, Noah Leembruggen yang kini mengukuhkan langkah di pentas bola sepak Eropah.

Pemain berusia 18 tahun ini mula meraih perhatian selepas laman Frfuturetalents memaklumkan tentang perkembangan terkini pertahanan kanan kelahiran Belanda ini.

Beliau yang juga merupakan bekas pemain Akademi Ajax memiliki hubungan tiga kewarganegaraan iaitu Malaysia, Belanda dan juga Suriname.

Advertisements

Noah kini beraksi bersama kelab divisyen dua Belanda, PEC Zwolle bawah 18 tahun dan sudah pun melakukan satu penampilan setakat ini.

Beliau difahamkan memiliki pertalian dengan Malaysia menerusi datuk dan neneknya yang merupakan orang Sarawak sementara bapanya merupakan warga Belanda dan ibunya warganegara Suriname/Sri Lanka.

Pemain yang boleh beraksi di bahagian kanan ini memulakan karier awalnya bersama Akademi Amsterdam dan juga Akademi Ajax.

Advertisements

Secara keseluruhannya, beliau sudah beraksi hampir 30 perlawanan bersama skuad b-18 dan b-17 PEC Zwolle dan menjaringkan satu gol setakat ini.

Malaysia juga kini memiliki beberapa pilihan kacukan seperi Kobe Chong dan Richard Chin yang mula dipandang serius dengan Richard sudah pun bersama skuad b-23 negara baru-baru ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram