Bakat Baru: Prospek Arkitek Harimau Malaya Dikesan Di Belanda
Harimau Malaya
Heracles Almelo
Advertisements

Malaysia kini mempunyai satu lagi prospek dari Belanda yang mampu dipanggil ke dalam skuad Harimau Malaya pada masa hadapan.

Prospek yang dimaksudkan adalah pemain kelab Heracles Almelo, Sem Scheperman. Pemain berusia 21 tahun itu merupakan pemain utama kelab Heracles yang kini menghuni tangga ke-15 liga utama Belanda iaitu Liga Eredivisie.

Pemain yang mempunyai ketinggian 1.88 meter itu mampu beraksi di posisi tengah bertahan dan juga posisi tengah.

Advertisements

Melalui satu hantaran dari laman Instagram pencari bakat, Frfuturetalents, Sem boleh mewakili Malaysia kerana mempunyai darah keturunan Malaysia daripada neneknya.

“Sem Scheperman dilahirkan di Belanda. mempunyai keturunan Malaysia melalui neneknya. Manakala ibu bapanya berasal dari Belanda. Sem kini bermain di Eredivisie bersama Heracles Almelo,” dedah frfuturetalents di laman Instagram.

Advertisements

Untuk musim ini, Sem Scheperman sudah diturunkan dalam 13 perlawanan buat Heracles dalam saingan Eredivisie. Walaupun belum mencetak sebarang jaringan namun kelebihan fizikal yang dimiliki menjadi nilai tambah buat pasukannya.

Frfuturetalents sebelum ini turut mendedahkan kapten kelab dari England, Scunthorpe United iaitu Michael Clunan juga mempunyai darah keturunan Malaysia.

Advertisements

Namun segalanya kini terpulang kepada Perstuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan jurulatih, Kim Pan-gon untuk menilai sama ada mereka mampu untuk menambah kekuatan ke pasukan kebangsaan atau sebaliknya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram