Ballon d’Or Petanda Malang Buat Karim Benzema?
Eropah
Benoit Tessier/Reuters
Advertisements

Awal pagi ini, Karim Benzema diiktiraf sebagai pemain terbaik dunia tahunan menerusi anugerah Ballon d’Or. Ini selepas 44 gol yang dijaringkannya membantu Real Madrid menjuarai La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah musim lepas.

Tetapi beliau juga patut berharap ini bukan petanda malang buat dirinya. Ini kerana semua penerima Ballon d’Or yang aktif tidak pernah berjaya menjulang Piala Dunia.

Antara penerima Ballon d’Or yang kempunan menjulang trofi berprestij itu ialah Lionel Messi, Johan Cruyff, Michael Owen dan Roberto Baggio. Benzema merupakan pemenang Ballon d’Or pertama Perancis selepas kali terakhir dimenangi Zinedine Zidane pada 1998.

Advertisements

Benzema pastinya tidak mahu perkara sama menimpa dirinya. Ini disebabkan Piala Dunia 2022 di Qatar merupakan peluang terakhirnya menjulang kejuaraan tersebut bersama Perancis.

Beliau tidak menjadi sebahagian daripada pasukan Perancis yang menjulang Piala Dunia 2018 di Rusia disebabkan kontroversi kes jenayah yang membelenggu dirinya selama beberapa tahun.

Akibat kontroversi tersebut, bekas penyerang Lyon itu tidak dipanggil menyertai Les Bleus sehingga 2021. Dengan karier permainannya berada di penghujung, Benzema tidak mahu peluang keduanya bersama Perancis berakhir tanpa menjulang trofi berprestij itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram