Bangladesh ‘Balas Dendam’ Tewaskan Harimau Malaya Perempuan
Dunia
T-Sports
Advertisements

Perlawanan antarabangsa Tier 1 malam ini menyaksikan pasukan bola sepak wanita (Malayan Tigress) tewas kepada Bangladesh dengan keputusan 0-6. 

Pasukan Bangladesh berjaya menghasilkan empat jaringan pada separuh masa pertama menerusi Mossamat Akhi Khatun(2), Sabina Khatun, Mossamat Sirat Jahan manakala bagi separuh pasa kedua daripada Monika Chakma dan Srimoti Krishnari.

Skuad wanita kebanggsaan tampak buntu di atas padang kerana mudah membiarkan Bangladesh untuk menguasai permainan sepanjang perlawanan tersebut.

Advertisements

Perlawanan ini dijalankan adalah bagi persediaan menghadapi Kejuaraan AFF Wanita 2022 yang akan diadakan Binan City, Manila pada Julai ini.

Pada aksi kelayakan Piala Asia tempoh hari, skuad Harimau Malaya mudah membenam Bangladesh dengan keputusan 4-1

Ini merupakan balas dendam yang berjaya dilakukan oleh skuad wanita bola sepak Bangladesh demi ‘Abang’ mereka.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram