Advertisements
Bangladesh ‘Kecewakan’ Harimau Malaya
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Pasukan kebangsaan Bangladesh telah mengecewakan Harimau Malaya bagi aksi November ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang mencari lawan kedua buat Harimau Malaya selepas mengesahkan aksi menentang pasukan ke-125 dunia, India.

Aksi yang berlangsung di tempat lawan pada 19 November itu menyaksikan skuad kebangsaan bakal bertemu India setelah kali terakhir berentap pada aksi Pestabola Merdeka 2023.

Perlawanan itu berpihak kepada skuad kebangsaan dengan keputusan 4-2 namun tewas pada aksi final kepada Tajikistan.

Skuad kebangsaan dilaporkan melakukan rundinhan bersama beberapa negara Asia Selatan yang lain seperti Bangladesh, Sri Lanka, Afghanistan dan juga Pakistan.

Afghanistan telah mengesahkan sudah memiliki dua aksi persahabatan Tier 1 FIFA menentang Nepal dan juga Tajikistan November ini.

Hasrat Malaysia untuk meraih satu lagi lawan semakin sukar apabila Bangladesh dan Maldives telah mengatur aksi persahabatan berdasarkan pengumuman terbaru.

Hal ini menyaksikan hanya Bhutan, Sri Lanka dan Pakistan yang masih berpotensi untuk menguji skuad negara.

Malaysia kini menghuni tangga ke-133 dunia dan merupakan pasukan ke-4 terbaik di Asia Tenggara di belakang Thailand (96), Vietnam (119), Indonesia (130) dan Malaysia.

Related Articles