Bapa Bayar Kelab Eropah RM100 Ribu Beri Anaknya Bermain 10 Minit
Hiburan
Usti nad Labem
Advertisements

Kasih seorang bapa sanggup membayar ratusan ribu ringgit kepada sebuah kelab di Republik Czech agar anaknya dapat bermain bola selama 10 minit.

Kelab di tier ketiga Republik Czech, FK Usti nad Labem yang kini berada ditangga ke-6 liga bakal menurunkan Martin Podhajsky, seorang lepasan jurusan undang-undang dan pekerja untuk Viagem, syarikat hartanah yang merupakan milik presiden kelab iaitu Pemysl Kuban.

Martin Podhajsky sebelum ini tidak pernah bermain sebarang aksi bola sepak profesional malah hanya mempunyai pengalaman dalam permainan video FIFA sahaja menurut Sport Bible.

Advertisements

Nama beliau bagaimanapun sudah didaftarkan dan aksi 10 minit tersebut akan dijadikan pendedahan awal kepadanya sebelum melakukan debut dalam arena bola sepak pada musim bunga nanti.

Bapanya sanggup membayar hampir RM 101,528 kepada kelab tersebut dan wang itu akan didaftarkan sebagai wang tajaan kepada kelab.

Advertisements

“Dia tidak pernah bermain bola sepak selain permainan video FIFA setahu saya. Namun wang sebanyak itu tidak jatuh bergolek setiap hari. Jika ada yang sanggup memberikan wang sebesar ini kepada saya, saya akan benarkan mereka bermain.” ujar presiden kelab tersebut.

Martin Podhajsky dijangka bakal menggantikan kapten pasukan, Jakub Mares untuk beraksi selama 10 minit.

Advertisements

Lebih menarik, penyokong kelab tersebut bersetuju dengan tindakan kelab berdasarkan undian yang dibuat dimana 63% menyokong dan merasakan itu situasi menang-menang buat kedua-dua pihak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram