Barisan Kejurulatihan Kim Pan-gon Jumpa Kawan Lama Di Barcelona
Dunia
Ji Hyeon Park
Advertisements

Barisan kejurulatihan Harimau Malaya diketuai Kim Pan-gon telah berangkat ke Barcelona, Sepanyol baru-baru ini dan bertemu dengan lagenda bolasepak Sepanyol yang juga pengendali pasukan Barcelona, Xavi Hernandez.

Dalam hantaran terbaru jurulatih kecergasan Harimau Malaya, Ji Hyeon Park di laman Instagram, beliau telah memuat naik sekeping gambar barisan kejurulatihan skuad kebangsaan bersama pengendali Barcelona, Xavi Hernandez.

Beliau menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Xavi atas kesudiannya membenarkan beliau dan Kim Pan-gon melihat sesi latihan yang sedang dijalankan kelab gergasi Sepanyol itu.

Advertisements

“Setelah sekian lama kita tidak bersua. Terima kasih kerana membenarkan kami untuk datang dan melihat sesi latihan anda,” ujar Ji Hyeon Park di ruangan caption.

Turut hadir sama, bekas penolong jurulatih Barcelona B19 yang kini merupakan pembantu jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente. Jurulatih penjaga gol kebangsaan, Cho Junho dan jurulatih analisis prestasi Harimau Malaya, Lim Jaehun juga bersama-sama delegasi ini ke Barcelona.

Semestinya, pertemuan itu bertujuan bertukar idea dan pendapat serta menimba ilmu dan pengalaman daripada lagenda bolasepak dunia.

Advertisements

Lawatan kem kejurulatihan Kim Pan-gon ke Barcelona ini pastinya mempunyai misi tersendiri buat skuad Harimau Malaya menjelang persediaan kejohanan Piala Asia kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram