Hari ini, ramai penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk Perlawanan Sumbangsih. Tetapi bagi sekumpulan penyokong Peteh, malang tidak berbau apabila mereka ditimpa sedikit kemalangan.
Menurut akaun Football Terengganu, bas yang membawa penyokong Penyu terlibat dalam satu kemalangan sekitar laluan Muadzam-Segamat.
Bas dan sebuah kereta lain cuba mengelak sebuah lori sebelum terbabas ke bahu jalan sebelum bas melanggar bahagian hadapan kereta tersebut.
Bagaimanapun, pentadbir akaun memberitahu semua individu yang terlibat dalam kemalangan itu berada dalam keadaan selamat. Hanya penumpang kereta yang dilanggar mengalami kecederaan ringan.
Di sebalik kemeriahan Perlawanan Sumbangsih hari ini, diharap para penyokong kedua-dua pasukan dapat menjaga diri dan berhati-hati semasa di jalan raya. Ini bagi memastikan keselamatan kedua-dua pasukan berada dalam keadaan baik tatkala memberi sokongan kepada pasukan pilihan masing-masing.