Bayer Leverkusen Pecah Dominasi Bayern Munich, Julang Bundesliga
Eropah
Bayer 04 Leverkusen
Advertisements

Bayer Leverkusen sah bergelar juara Bundesliga buat kali pertama dalam tempoh 120 tahun penubuhan kelab tersebut.

Pasukan yang dibimbing legenda Liverpool, Xabi Alonso itu bergelar juara selepas mengalahkan Werder Bremen 5-0 di BayArena semalam.

Die Werkself hanya perlu mengatasi Bremen untuk bergelar juara. Ini selepas dua pencabar terdekat Leverkusen, Bayern Munich dan VfB Stuttgart masing-masing meraih kemenangan pada Sabtu lalu.

Advertisements

Penyokong tuan rumah ceria apabila penyerang berbisa Nigeria, Victor Boniface menyempurnakan penalti pada minit ke-25.

Gol tersebut memberi dorongan kepada Die Werkself memburu gol tambahan. Walau bagaimanapun, barisan pertahanan pelawat memastikan keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, benteng Bremen bocor lagi buat kali kedua menerusi bekas pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka.

Advertisements

Bintang baru Jerman, Florian Wirtz memastikan kemenangan tuan rumah dengan tiga gol pada minit ke-68, 83 dan 90.

Bagi Alonso, ini satu kejayaan manis buat semua pihak yang memiliki hubungan rapat dengan kelab tersebut termasuk para penyokong.

“Ini satu detik istimewa buat kelab. Selepas 120 tahun, memenangi Bundesliga buat kali pertama merupakan sesuatu yang luar biasa.

Advertisements

“Para pemain menunjukkan prestasi hebat, mereka merupakan satu pasukan hebat. Saya amat bangga dengan mereka semua.

“Kejuaraan pertama (Bundesliga) ini amat istimewa buat semua. Untuk menjadi sebahagian daripada catatan sejarah ini sesuatu yang mengagumkan,” katanya seperti yang dilaporkan Daily Mail.

Kejayaan ini turut mengakhiri cengkaman kejuaraan Bayern Munich ke atas mahkota Bundesliga sejak 11 musim lalu.

Advertisements

Kali terakhir kejayaan ini dicapai pasukan selain Bayern Munich ialah musim 2011/12 menerusi Borussia Dortmund yang dibimbing Jurgen Klopp.

Leverkusen turut menyertai Stuttgart, Dortmund dan VfL Wolfsburg sebagai pasukan yang memecah dominasi Die Roten dalam tempoh 20 musim Bundesliga berdasarkan data Transfermarkt.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram