Bayern Munich Gelisah Ubi Muda Yang Mereka Kehendaki Semakin Hampir Ke Old Trafford
Dunia
thesun
Advertisements

Hasrat kelab gergasi Jerman, Bayern Munich yang ingin mendapatkan khidmat ‘wonderkid’ dari Ajax Amsterdam, Jurrien Timber semakin tipis selepas pemain tersebut dikhabarkan semakin hampir menyertai Manchester United.

Pemain muda Belanda berusia 20 tahun itu merupakan pemain penting untuk Ajax musim ini. Beliau mampu beraksi di posisi pertahanan tengah mahupun di pertahanan kanan.

Bayern mahu menandatangani bek tengah baharu selepas kehilangan Niklas Sule secara percuma ke Borussia Dortmund, dan juga kehilangan target mereka, Antonio Rudiger yang memilih untuk berhijrah ke Real Madrid.

Advertisements

Minggu lepas, Sky Germany mendedahkan bahawa Bayern telah menghubungi wakil Jurrien Timber mengenai kemungkinan perpindahan pada musim panas ini setelah menerima cadangan daripada Louis van Gaal.

Tetapi pertanyaan mereka tidak dijawab, dengan Manchester United dilaporkan kini berada di kedudukan teratas untuk merealisasikan perpindahan tersebut.

Wartawan Sky Germany, Florian Plettenberg turut mengesahkan perkara ini melalui satu ciapan di laman twitter miliknya.

Advertisements

Dengan pelbagai gosip perpindahan yang melibatkan beberapa nama besar ke Manchester United, perpindahan Jurrien Timber ini merupakan perpindahan yang paling tinggi peratusannya untuk menjadi kenyataan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram