Bayern Munich Tempang Tanpa Thomas Tuchel
UEFA Champions League
Bayern Munich
Advertisements

Bayern Munich terpaksa melupakan khidmat ketua jurulatih, Thomas Tuchel menjelang aksi pertama Liga Juara-Juara Eropah bertemu Manchester United awal pagi esok.

Thomas Tuchel tidak dibenarkan berada ditepi padang untuk perlawanan tersebut ekoran menjalani penggantungan satu perlawanan tetapi beliau dibenarkan berada ditempat duduk penonton dan berkomunikasi menerusi staf kejurulatihan Bayern Munich sahaja.

Ini ekoran layangan kad merah sewaktu aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah musim lalu menentang Manchester City apabila Tuchel mempersoalkan keputusan pengadil menurut The Mirror.

Advertisements

Bayern Munich tersingkir dalam saingan suku akhir musim lalu dan penggantungan Thomas Tuchel dibawa ke musim ini.

Gergasi Jerman ini bagaimanapun masih mempunyai kelebihan beraksi dilaman sendiri apabila bakal bertemu United di Stadium Allianz Arena.

Prestasi semasa Manchester United bakal memberi lebih tekanan kepada Erik Ten Hag untuk menampilkan aksi terbaik menentang juara Bundesliga musim lalu, Bayern Munich.

Advertisements

Malah beberapa pemain utama United masih lagi mengalami kecederaan seperti Mason Mount, Sofyan Amrabat, Raphael Varane, Luke Shaw dan terbaru Harry Maguire dan Aaron Wan-Bissaka.

Thomas Tuchel hanya digantung 1 perlawanan sahaja dan akan dibenarkan berada ditepi padang untuk aksi kedua UCL kelak bertemu Copenhagen.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram