Bayern Pecat Oliver Kahn
Eropah
@OliverKahn
Advertisements

Bayern Munich menghela nafas lega kerana berjaya mempertahankan kejuaraan Bundesliga selepas menewaskan Koln 2-1 semalam. Tetapi yang menarik perhatian penyokong ialah tindakan lembaga pengarah mereka yang memecat penjaga gol legenda dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bayern, Oliver Kahn.

Ramai penyokong percaya pemecatan tersebut dibuat disebabkan kegagalan Bayern memburu trofi-trofi penting musim ini termasuk Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Kahn bukan saja dipecat tetapi turut dilarang menghadiri perlawanan menentang Koln itu atas arahan lembaga pengarah diketuai pengerusi Herbert Hainer. Selain bekas penjaga gol Jerman itu, pengarah sukan dan legenda kelab dari Bosnia-Herzegovina, Hasan Salihamidzic turut menerima nasib.

Advertisements

Selepas dipecat, akhbar The Sun mendedahkan kekesalan Kahn terhadap tindakan lembaga pengarah itu. “Rancangan saya ialah datang ke Koln dan sudah tentu meraikan kejuaraan liga bersama skuad tetapi saya dihalang,” katanya.

Tidak seperti bekas rakan sepasukannya itu, Salihamidzic berpeluang hadir ke Koln untuk menonton perlawanan Koln-Bayern semalam. Dan ramai penyokong Bayern percaya Hainer telah memecat beliau semasa pemain-pemain meraikan kejayaan menjulang Bundesliga .

Ini berdasarkan video-video yang dimuatnaik ke laman media sosial sejak beberapa jam lepas. Ada yang menyifatkan tindakan pengerusi FC Hollywood itu sebagai kejam dan tidak kena pada masanya.

Advertisements

Yang pasti, Hainer sudah mengumumkan naib pengerusi kelab, Jan-Christian Dreesen sebagai CEO baru kelab. Bagaimanapun, Die Roten belum mengumumkan siapa yang bakal mengambil alih kedudukan Salihamidzic sebagai pengarah sukan Bayern.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram