Bekas Jurulatih Perak, Tony Netto Meninggal Dunia
Liga Super
Yob4ever.com
Advertisements

Peminat bola sepak Perak FC bersedih selepas mendapat berita bekas jurulatih The Bos Gaurus, Tony Netto meninggal dunia hari ini.

Khabar sedih ini dikongsikan oleh akaun X Perak The Yob hari ini. Netto atau nama sebenarnya Antonio Gonzaga Netto merupakan antara jurulatih paling berjaya dalam sejarah Perak FC.

Di bawah bimbingan jurulatih Brazil itu, skuad Seladang muncul juara Liga Perdana 1 (sebelum dijenamakan semula sebagai Liga Super) pada tahun 2002 dan 2003.

Advertisements

Selain dua kejuaraan liga, Netto turut membantu The Bos Gaurus menjulang Piala FA (2002) dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (2005).

Era Netto menyaksikan Perak FC amat digeruni pihak lawan kerana banyak menggunakan hantaran pendek dan mementingkan penguasaan bola. Corak permainan yang diamalkan mereka menjadikan Perak FC sukar dikekang ketika itu.

Semasa era beliau juga, ramai pemain Seladang ketika itu menjadi tonggak pasukan kebangsaan seperti Indra Putra Mahyuddin, Khalid Jamlus, V. Saravanan dan K. Nanthakumar.

Advertisements

Selain Perak FC, Netto juga pernah seketika mengendalikan pasukan MPPJ Selangor pada 2006.

Sebagai menghargai jasanya mengharumkan nama negeri dan bola sepak Perak, Sultan Perak ketika itu, Almarhum DYMM Sultan Azlan Shah berkenan mengurniakan darjah kehormat Paduka Mahkota Perak pada 2005.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram