Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Kualiti yang dimiliki oleh pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim terus meraih perhatian termasuklah bekas bintang Juventus yang kini bertapak di Malaysia.

Advertisements

Bintang kelahiran Penang itu meneruskan rentak cemerlangnya pada musim ini bersama The Red Giants apabila menjadi watak penting pasukan yang kini menghuni tangga kedua Liga Super.

Pemain berusia 25 tahun itu menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk mengemudi jentera serangan Selangor terus mendapat pujian dengan kualiti yang dipamerkannya.

Advertisements

Terbaru, Faisal menerima pujian daripada bekas pemain Sasuolo, Red Star Belgrade dan Juventus, Richmond Boakye-Yiadom.

Pemain kelahiran Ghana itu merupakan rekrut terbaharu Cheng Hoe bagi menajamkan lagi jentera serangan pasukan.

Advertisements

Beliau memiliki rekod jaringan yang cukup baik terutamanya ketika beraksi bersama gergasi Serbia, Red Star Belgrade.

Boakye-Yiadom berkongsi detik pertama menjalani latihan bersama Selangor sambil mengagumi bakat yang dimiliki oleh para pemain di kelab.

“Apa yang saya lihat di sini ialah bola sepak, lebih kepada pendekatan Pep Guardiola, jadi saya sudah biasa kerana di Red Star juga bermain seperti ini. Saya berasa kagum semalam (ketika latihan) dan saya yakin pasukan ini boleh pergi jauh.”

Beliau juga sempat melihat beberapa pemain yang berpotensi besar dalam pasukan untuk membawa kecemerlangan berganda pada musim ini.

“Semalam saya menjalani latihan bersama pasukan, saya lihat ini antara negara yang paling menyeronokkan yang saya pernah datang. Apabila melihat Mickey (Faisal Halim) memegang bola dan pemain lain, ini akat menakjubkan,” jelasnya ketika sesi latihan kepada Harimau Malaya.

Selangor bakal meneruskan rentak cemerlang di Liga Super menentang Kuching City pada Isnin di Kelana Jaya.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram