Dunia
Armin Maier
Advertisements

Prestasi tidak menentu Selangor FC dalam saingan Liga Super dan terkini tersingkir dari Piala FA ternyata membuka mata para penyokong mengenai sesuatu yang tidak kena dengan pasukan yang digelar ‘Gergasi Merah’ ini.

Buat bekas pemain Selangor FC, Armin Maier, beliau mempunyai sebab dan pendapat mengenai bekas pasukannya itu. Armin merasakan bahawa DNA pasukan Selangor perlu diubah.

“Saya rasa sudah tiba masa untuk ubah DNA, anda faham apa yang saya maksudkan,” jelasnya dalam sesi soal jawab di laman instagram milik beliau.

Advertisements
image 16 Bekas Pemain Selangor Cadang Selangor Ubah DNA
Sesi soal jawab bersama Armin Maier di laman instagram beliau.

Untuk rekod, Armin pernah menyarung jersi Selangor dari tahun 2020 hingga 2021 dan kebanyakan perlawanan yang dilalui adalah bersama Selangor II. Armin meninggalkan Selangor pada September 2021 dengan menamatkan kontrak enam bulan lebih awal dari yang sepatutnya.

Armin terpaksa menamatkan kontrak beliau di Selangor dan pulang ke eropah kerana masalah peribadi yang perlu diselesaikan. Namun dalam masa yang sama, beliau berharap dapat beraksi semula di Liga Malaysia suatu hari nanti kerana beliau mahu menunjukkan apa yang beliau ada kepada peminat bolasepak Malaysia.

Kini, Armin merupakan pemain SV Heimstetten yang beraksi di divisyen keempat Liga Jerman. SV Heimstetten merupakan pasukan yang berpangkalan di Munich. Setakat ini, beliau sudah pun diturunkan dalam satu perlawanan liga.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram