Bekas Pengarah Serba Dinamik Bakal Ambil Alih KL City?
Dunia
Bernama
Advertisements

KL City dijangka dapat bersaing dengan kelab-kelab elit Liga Super seperti JDT, Selangor dan Kedah tidak lama lagi. Ini selepas City Boys bakal diambil alih oleh seorang jutawan muda, Azri Azerai.

Perkara ini turut disahkan oleh CEO KL City, Stanley Bernard. Malah, Azri menerusi ciapan di akaun Twitter peribadinya memberitahu proses pengambilalihan sedang berjalan dan dijangka dimuktamadkan sekitar suku pertama atau Mac ini.

Semua penyokong City Boys sedia maklum dalam kalangan pasukan Liga Super, KL City mempunyai bajet paling kecil. Tetapi itu tidak menghalang mereka menjadi pasukan disegani termasuk menjulang Piala Malaysia pada musim 2021.

Advertisements

Azri merupakan anak kepada ahli perniagaan terkemuka tanah air, Datuk Seri Noor Azerai Ahmad. Walaupun baru berusia 23 tahun, beliau merupakan Pengarah Eksekutif Bintai Kinden Corp Bhd.

Beliau turut mempunyai kelulusan ijazah kepujian dalam kewangan, pelaburan dan risiko dari The London Institute of Banking & Finance.

Selain Kintai, beliau juga dilantik sebagai ahli lembaga pengarah untuk tiga lagi syarikat yang disenarai di Bursa Malaysia termasuk Serba Dinamik.

Advertisements

Bagaimanapun, Azri mengumumkan pengundurannya sebagai pengarah bukan eksekutif Serba Dinamik pada Oktober 2022 atas alasan mengejar minat peribadinya.

Dengan kehadiran pemilik baru ini, ia dijangka akan mengubah kelab tersebut sebagai pasukan pencabar Liga Super yang digeruni.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram