Bekas Penyerang Negeri Sembilan Kini Penjaring Terbanyak Di Indonesia
Asia Tenggara
MakanBola
NSFC
Advertisements

Bekas penyerang Negeri Sembilan yang kini beraksi untuk Arema FC di Indonesia, Gustavo Almeida semakin mempamerkan taring di Liga 1 Indonesia selepas jaringan demi jaringan berjaya dihasilkan.

Kini Gustavo merupakan pendahulu sebagai penjaring terbanyak liga dengan mengumpul 14 gol setakat ini. Namun begitu, ianya masih belum mencukup buat Arema yang kini terperosok di tangga ke-16 liga.

Advertisements

Secara keseluruhan, Arema sudah merekodkan 20 jaringan daripada 19 perlawanan. Ini bermakna daripada 20 gol yang telah dihasilkan pasukan Arema, 14 gol daripadanya adalah sumbangan daripada Gustavo.

Jaringan terakhir beliau buat Arema adalah pada aksi semalam ketika keputusan seri 2-2 menentang Persib. Perlawanan tersebut merupakan perlawanan terakhir Gustavo buat Arema musim ini.

Advertisements

Ini kerana, dikhabarkan pemain berusia 27 tahun itu telah dipinjamkan ke sebuah lagi kelab Indonesia, Persija Jakarta. Tempoh pinjaman itu adalah sehingga tamat musim ini.

Sudah pasti ianya menjadi tamparan hebat buat Arema selepas kehilangan seorang penyerang berbisa yang sudah meledak lebih separuh daripada jumlah gol yang dihasilkan kelab itu musim ini.

News Comments Account