Advertisement
“Beliau Dijangka Bimbing Skuad Malaysia B-23” – Zulhelmi
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Masa depan skuad Malaysia B-23 dijangka bakal berubah dengan kehadiran sosok baharu.

Pasukan muda negara kini dibimbing oleh jurulatih muda, Juan Torres Garrido dan telah mengharungi beberapa kejohanan besar tahun ini.

Malaysia B-23 menamatkan perjalanan aksi Piala Asia di Qatar tanpa sebarang mata selepas tunduk kepada Uzbekistan, Vietnam dan juga Kuwait.

Era baharu pasukan muda negara dijangka bakal bermula selepas pengendali Kedah dijangka bakal mengisi posisi tersebut.

Perkara ini dimaklumkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang memaklumkan mengenai desas-desus masa depan Nafuzi Zain.

Nafuzi Zain bakal tinggalkan Kedah Darul Aman, difahamkan menjadi calon jurulatih B23 negara,” ujar Zulhelmi di laman X.

Jurulatih muda itu memiliki pengalaman luas dalam saingan Liga Super Malaysia selepas pernah bersama Kelantan, Terengganu dan juga Kedah Darul Aman.

Beliau yang mengumumkan perpisahan dengan Sang Kenari disebut-sebut bakal membantu skuad muda negara namun masih tiada pengumuman rasmi berhubung perkara tersebut.

Malaysia B-23 bakal mengharungi kempen Kelayakan Piala Asia 2027 yang dijadualkan bermula tahun hadapan.