Shaun Wright-Phillips: Ben White Lebih Baik Berbanding Varane
EPL
Photo: Vladimir Rys/Getty Images
Advertisements

Bekas pemain Manchester City, Shaun Wright-Philips dengan yakinnya menyatakan bahawa pemain pertahanan baru Arsenal, Ben White yang dibeli dengan harga 50 juta pound itu adalah lebih baik dari Raphael Varane yang bakal bermain untuk Manchester United.

Ben White, 23 , melengkapkan perpindahan mega ke Arsenal sebaik selesai tugasnya bersama skuad kebangsaan England di Kejohanan Euro 2020. Beliau sangat dimahukan oleh Mikel Arteta selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Brighton musim lepas dan dibawah kendalian Marcelo Bielsa pada musim 2019-2020 semasa di Leeds United.

Ketika ditanya adakah Ben White akan beraksi lebih baik berbanding Varane, beliau menjawab “Ya secara peribadi, saya setuju. Saya tahu itu kenyataan yang agak berat, tetapi dia (Ben White) sudah terbiasa dengan Liga Perdana Inggeris dan dia telah bertahan dengan baik untuk Brighton minggu ke minggu”

Advertisements

“Varane akan bermain dalam liga yang asing buat beliau dan beliau akan mengalami tekanan yang sangat besar”

Walaupun rekod pertahanan pada musim lepas boleh dibanggakan, namun ianya tidak dapat membantu Arsenal untuk layak beraksi di pentas eropah selepas hanya menguni tangga ke-8 liga.

Sementara itu, Varane adalah pemain pertahanan yang telah lama dicari Ole Gunnar Solksjaer dengan Victor Lindelof terbukti menjadi rakan seposisi yang tidak boleh dipercayai untuk pemain bernilai 80 juta pound, Harry Maguire.

Advertisements

Ayuh lihat aksi bertahan yang baik oleh Ben White di bawah :

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram