Dunia
JST + Linkedin
Advertisements

Selepas merangkul gelaran juara Piala Malaysia 2021 bersama Kuala Lumpur City FC, kelibat Daniel Ting terus menjadi tanda tanya peminat bola sepak tempatan apabila pemain kacukan Malaysia/England itu tidak melaporkan diri pada awal musim sebelum saingan liga bermula.

Pelbagai spekulasi telah dibangkitkan yang mana pada awalnya Daniel Ting dikatakan belum melapor diri atas faktor peribadi. Sebulan selepas itu, Daniel Ting secara sah meninggalkan KL City dikhabarkan kerana tidak mahu mengambil suntikan vaksin.

Pada April 2022, menerusi tinjauan MakanBola, terdapat bukti Daniel Ting benar-benar sedang mencari pasukan baru selepas kontraknya di KL City ditamatkan atas persetujuan bersama. Beliau pulang ke UK dan berehat bersama keluarga namun kami mendapati selepas beberapa bulan, Daniel Ting dilihat berusaha mengikat kontrak bersama kelab Indonesia.

Advertisements

Boleh jadi tiada sebarang persetujuan berlaku selepas itu dan akhirnya beliau mungkin menghubungi pihak JDT dan akhirnya berlaku proses penawaran kontrak kepada pemain berumur 30 tahun tersebut. Beliau benar-benar seorang Agen Bebas jadi beliau bebas memilih mana-mana pasukan yang diingini.

Hasil tinjauan mendapati Daniel Ting cuba menawarkan dirinya kepada salah sebuah kelab yang berpangkalan di Indonesia. Ini juga dikuatkan lagi apabila beliau dilihat telah meninggalkan satu komen pada hantaran LinkedIn Fabio Oliveira, seorang jurulatih dan pengarah teknikal bola sepak di Indonesia. Komen tersebut hadir bersama pautan profil beliau di TransferMarkt.

daniel ting linked in Benarkah Dakwaan Daniel Ting Disambar Ikut Pintu Belakang? Ini Bukti Yang Mengejutkan
Linkedin

Kini beliau secara rasmi ‘kembali’ ke pangkuan JDT namun umum perlu sedari tuduhan tanpa bukti tetap dikira sebagai fitnah. Fikir-fikirkan lah!

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram