Benjamin Mora Bakal Dipecat Atlas?
Eropah
Marca
Advertisements

Nasib bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora kini di hujung tanduk selepas beliau dikatakan bakal dipecat oleh kelabnya, Atlas FC.

Keraguan kepada pimpinan Mora mula mencanak apabila mereka dimalukan oleh kelab Honduras, Olimpia dalam aksi Liga Juara-Juara CONCACAF dengan keputusan 4-1.

Pihak pengurusan kelab dilihat sudah hilang kepercayaan kepada jurulatih berusia 44 tahun itu dengan nama Jaime Lozano disebut-sebut sebagai pengganti.

Advertisements

Menerusi laporan dari Marca, prestasi terumbang-ambing pasukan dalam saingan Liga MX juga menjadi salah satu faktor terbesar yang bakal memungkinkan beliau dipecat selepas hanya mampu berada pada tangga ke-14 selepas 10 perlawanan.

Atlas telah gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 11 perlawanan terakhir sekaligus menyaksikan keadaan dalam kelab sudah mula kurang harmoni.

Ini juga telah meletakkan bebanan yang tinggi lepada beliau yang telah pun diberikan peluang kedua menentang Leon semalam.

Advertisements

Pasukan Guadalaraja itu bagaimanapun tewas dengan keputusan 1-0 di laman sendiri.

Para penyokong juga sudah mula meminta Mora untuk meninggalkan pasukan dengan segera berdasarkan tinjauan di ruangan komen Atlas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram