Benjamin Mora Dilantik Kemudi Atlas FC
Dunia
JesusOmana93
Advertisements

Bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim, Benjamin Mora sah dilantik sebagai ketua jurulatih sebuah kelab yang berpangkalan di Mexico iaitu Atlas FC.

Perkara itu telah diumumkan secara rasmi di akaun media sosial Atlas FC. Atlas FC dalam satu hantaran menzahirkan penghargaan dan mengucapkan selamat datang kepada Benjamin Mora ke Kota Fury. 

Benjamín Mora akan dibantu oleh penolong ketua jurulatih iaitu, Giancarlo Salazar dan barisan-barisan kejurulatihan yang lain yang terdiri daripada jurulatih kecergasan, Marcos Adrián González, pengarah teknikal, Omar Flores dan jurulatih penjaga gol, Luis Valls.

Advertisements

Untuk rekod, jurulatih berusia 43 tahun ini telah mengemudi pasukan Johor Darul Ta’zim mengharungi sebanyak 148 perlawanan. Beliau berjaya mencatatkan sebanyak 102 kemenangan sejak tahun 2017.

Sepanjang di JDT, beliau telah memenangi 9 kejuaraan. Empat kali merangkul gelaran Liga Super, empat kali Piala Sumbangsih dan satu kali Piala Malaysia. Beliau juga menjadi antara watak penting JDT sehingga layak ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) tahun ini.

Selamat maju jaya, Benjamin Mora.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram