Benjamin Mora: Saya Risau Tentang Gol Di Tempat Lawan, Itupun Jika Mereka Dapat Jaringkan Gol
Dunia
Bernama
Advertisements

Jurulatih Johor Darul Ta’zim, Benjamin Mora menyatakan kegusaran dan kerisauan jika KDA FC mendapat kelebihan jaringan tempat lawan pada saingan suku akhir kedua Piala Malaysia, Khamis kelak.

Laporan ini telah dikongsikan wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly di laman Twitternya dimana Mora menjelaskan bahawa pasukannya akan cuba untuk mendominasi perlawanan pada suku akhir kedua Piala Malaysia.

Namun tambahnya lagi, bukanlah semudah yang disangkakan untuk pasukan JDT membentuk corak permainan yang mampu memberikan kemenangan kepada kelab. Ini kerana pasukan Kedah FC juga tidak kurang hebatnya.

Advertisements

“Kita cuba untuk menguasai perlawanan dan bukan mudah juga untuk mencipta sesuatu peluang.” ujar Mora.

Mora juga menjelaskan bahawa kedua-dua pasukan telah menampilkan aksi yang terbaik dalam perlawanan kelmarin. Jurulatih berpengalaman ini juga menyatakan bahawa setiap pasukan mempunyai perancangan yang rapi dan bagi beliau suku akhir kedua nanti merupakan satu perlawanan yang sukar kerana Kedah dan JDT masing-masing tiada bolos.

“Jurulatih telah melakukan perancangan yang baik dan bagi kami ini adalah sesuatu perlawanan yang sengit untuk kami dan juga mereka kerana masing-masing tiada bolos.”

Advertisements

Mora yakin bahawa ini adalah satu kelebihan buat JDT kerana selepas ini pasukan Kedah akan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim 18 November untuk aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2021.

“Saya rasa ini adalah kelebihan buat kami, kerana selepas ini bermain di tempat kami.” ujarnya

Dalam perlawanan suku akhir pertama kelmarin, pemain JDT Leandro Velazquez hampir-hampir menjaringkan gol melalui sepakan percuma pada minit-minit akhir permainan, namun rembatan itu dapat diselamatkan penjaga gol KDA FC, Shahril. Perlawanan malam itu tamat dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram